|





  ®

|
|



  ®


NUKILAN ini hanya sekadar memberi Renungan dari
pendapat saya sendiri dan dari nasihat para guru dari pengalaman selama
penimbaan Ilmu dalam masa yang agak lama, selama hampir 28 tahun dalam bidang
Mistik,
Metafizik dan
Minda (Neuro). Jadi ianya bukan untuk cabar mencabar atau minta berbahas
mengenai nya, cuma untuk renungan bersama, jika ianya tak masuk akal atau tidak
releven, maka lupakan sahaja dan jika ianya memberi pengajaran, maka buat
lah tauladan dan panduan. Dari ketiga ketogari Ilmuan yang pernah saya tuntuti
selama sekian lama, semua nya sependapat walaupun ianya di alirkan dalam bentuk
tajuk yang berlainan. Salah satu yang utama nya adalah SUMPAH BERGURU. Ia
itu, : JANGAN LAWAN IBU BAPA GURU dan RAJA. Dari ajaran yang saya
terima dan juga dari logik nya pemikiran saya, makna nya serta maksud nya amat
jelas....Keempat perkara itu jika di fikirkan adalah mengarah ke satu maksud:
IBU, BAPA, GURU dan RAJA adalah GURU kita yang sebenar nya, pada . Sumpah
ini juga adalah POSITIF atau memberi
TENAGA POSITIF, dimana apa yang IBU kita katakan adalah POSITIF
kepada kita, tujuan kebaikan, nasihat dan kata nya adalah panduan yang benar
untuk kebaikan kita juga, jika di fikir serta di renungkan betul-betul pasti ada
kebenaran nya. Tetapi...sifat manusia adalah berlawanan. Dia pasti membantah
dalam hati walaupun apa yang di suruh dia buat, cuma mahu ambil hati, tak
iklas...buat kerana hanya ingin dilihat seperti tak melawan atau tak mahu title DERHAKA sahaja...iklas tak ada...ada juga yang buat kerana 'ada udang
sebalik batu....' biasa lah..ini tidak hairan kerana manusia selalu nya ikut
nafsu...Cuba kita lawan ajaran Ibu kita, dia ajar kita berjalan kehadapan, kita
lawan, kita jalan undur...bagaimana?, Orang cina di ajar oleh ibu mereka
menggunakan Kayu "CHOPSTICK", suruh mereka makan dengan
tangan...bagaimana?...renungkan lah...
Begitu juga
dengan menuntut ilmu...sesaorang yang menuntut sesuatu ilmu dari seorang guru
akan mengikut kata guru nya, maka apa yang di buat akan mustajab kerana pada
ketika itu dia tidak melawan kata guru nya. Itu yang dikata MAKBUL KATA GURU,
MUSTAJAB PADA DIRI KU.....Guru dah makbul, dimana apa yang dia lakukan
dah terjadi, jadi kita sebagai murid nya pasti mustajab jika MENGIKUT KATA
GURU...Apa yang saya ingin perkatakan di sini...jika mahu belajar, cari lah
guru yang berjalur, erti nya, guru tersebut mempunyai Guru nya dan gurunya
mempunyai guru di atas nya hingga beberapa keturunan. BUKAN guru yang dapat ilmu
dari membaca buku atau yang mendengar secara teori sahaja...kemuddian mula
mengajar....pengijazahan adalah penting, seorang guru memberi ijazah pada anak
murid nya...ertikata secara batin adalah...guru itu telah menerima kita masuk ke
TOMBOL nya atau jalur nya...maka sekelian guru di atas nya mengenali kita
sebagai jalur nya maka itu dinamakan RIJALUR GHAIB...DISINI sahaja ramai
antara kita mula mempertikaikan maksud yang dinamakan RIJALUR GHAIB ini.
Biar saya terangkan secara dasar mengenai RIJALUR GHAIB ini....Penerangan
ini tak semesti nya benar atau betul, ini adalah pendapat saya dan pendapat Guru
saya yang ada kebenaran nya pada pemikiran saya. Bak kata orang, Lain orang lain
pendapat nya. Pada murid saya, saya tidak buat pengisian, tetapi pembukaan, maka
di sini ada perbezaan nya antara pengisian dan pembukaan. Pengisian selalu nya
di bentang sebagai pemasukan sesuatu, bagi pembukaan pula adalah membuka pintu
jalur atau jalur tenaga dan akan di ekses mengikut jalur tenaga murni tertentu.
Jadi kita arif dengan erti Pengisian dan pembukaan ini. Jika di buat pengisian,
orang yang arif akan senang nampak pengisiaan tersebut, tetapi pembukaan pasti
tidak nampak isi nya....maka sumpah luar nya adalah, Jangan takbur, riak,
sombong dan bongkak. setengah murid sering bertanya kepada saya, mengapa
orang yang handal atau yang arif tidak tahu dan nampak bahawa mereka ini ada
ilmu....jadi jawapan saya pada mereka...nak tunjuk kepada siapa yang kita ni ada
ilmu dan sebagai nya, bukan kah itu kita nak tunjuk riak dan sebagai nya? , saya
syorkan supaya buat renungan sebentar...
Secara am nya boleh di pecahkan seperti berikut: Kita
yang hidup ini ZAHIR, erti nya Ujud atau nampak fizikal nya. Maka kita
belajar pada yang zahir iaitu guru zahir, guru akan mengajar kita cara yang
zahir seperti ritual tertentu, ayat tertentu atau cara tertentu...diatas guru
mesti ada guru yang sudah kembali ke Rahmatullah....guru-guru ini lah yang
dinamakan GURU RIJALUR GHAIB....sudah tiada pada penglihatan zahir, yang
sudah meninggal...Apabila Guru Zahir mengijazahkan sesuatu ilmu kepada kita,
maka ia memperkenalkan kita kepada jalur nya...serta secara otomatik memberi
kita User ID dan Password untuk mengekses kepada keilmuan yang kita pelajari
dari dia, kita pun menggunakan apa yang di ajarkan dan pasti jadi atau makbul
kerana kita menggunakan user ID dan Pasword yang betul, Dari segi batin, maka
para guru Rijaul ghaib pun datang menolong mengajar secara ghaib.
..seperti mana jika kita mengikut sunnah dan ajaran Rasullullah, maka kita dapat
hidayah dan manafaat nya....Jadi dari guru kita dapatkan yang Positif...maka
tenaga positif akan menyelubungi kita..maka itu apa yang guru boleh buat maka
kita pun boleh lakukan....Juga Guru Ibarat pemancar atau Antena...lagi dekat
dengan pemancar, lagi jelas penerimaan nya, kalau makin jauh....kurang sangat
lah penerimaan nya....renungi lah seketika.....
UJIAN
Dalam mempelajari apa - apa ilmu seakali pun, walau pun
ilmu akedemik mahupun ilmu Tradisi dan kebatinan adalah sama konsep nya...Mesti
melalui ujian tertentu atau peperiksaan...kadangkala ujian nya kita tempohi
dengan mudah (Jika kata guru kita ikut) dan adakala nya lama dan sangat
menyusahkan (Dek sebab terlalu detail kita memikirkan atau unsur tidak percaya
timbul dalam hati terhadap ajaran guru tadi atau berada jauh dari Guru)...PASTI
ada ujian...sewaktu kita sekolah pun, mesti kita tempuhi ujian baru dapat
sijil, di penuntutan ilmu, biasa nya tempoh matang ilmu adalah sampai tiga
tahun sama seperti di universiti, maka dalam tempuh tersebut kita PASTI
menempuh ujian demi ujian. Contoh nya kita kena deman panas...diujian ini lah
baru kita tahu macamana rasa nya deman panas itu dan dari orang tertentu yang
datang mengubati kita ketika itu, rasakan dan cara pengubatan pun akan diajar
kepada kita melalui ghaib atau melalui naluri dan mungkin dari pengubat ketika
itu, atau kita dapat ilham bagaimana kita boleh mengatasi nya atau dari petujuk
orang lain. Tetapi........Biasa nya kita akan mengeluh dan berpresapsi macam
macam...kita melawan dalam hati, kenapa lah aku di buat begini, kata dah belajar
tapi kena juga dan macam macam lagi andaian...maka ujian kita GAGAL...dan
ujian lain pun tiba...kalau nak kaya ...ujian nya mesti kita sampai tak ada duit
sesen pun dalam poket atau perniagaan kita merosot, mungkin sampai bankrap dan
sebagai nya...baru lah di anugerahkan wang yang banyak jika kita tempuhi saat
ujian nya dengan tabah...jika kita mengeluh, memang lah bertambah susah...kerana
ujian di lanjutkan sehingga kita benar-benar sabar dan tabah...kata perpatah
Inggeris : "NO PAIN NO GAIN"...TAK ADA SUSAH MANA NAK SENANG.....?????,
Sabar dalam ertikata sebenar nya, tidak merunggut, menyalahkan sesiapa,
redho...dimasa tempuh ujian ini lah kita diuji pada keyakinan, percaya diri dan
sebagai nya. Malang nya, banyak yang menyalahkan guru yang mengajar, mula sikap
tidak percaya timbul dan macam - macam lagi...tujuan...untuk menyenangkan hati
sendiri,
(INGAT!, tiada siapa yang betul melainkan TUHAN)......
(Ikut pengajaran atau pelajaran yang di ajar oleh guru, bukan ikut perangai
peribadi nya)....Dia aje yang betul ditambahi lagi dari asutan dari
luar....terus membuatkan diri nya makin tebal menyalahi guu nya. Ini sering
terjadi kerana kita sering bertanyakan pada tempat yang salah, kita tanya pada
rakan seperguruan kita, dia sebenar nya pun tak tahu, kerana dia pun masih dalam
belajar...mengapa tak tanya terus pada Guru?, dek iri hati nya pada anda yang
mungkin pada pendapat nya Guru lebih mengutama kan atau (double standard) anda
dari dia atau melihat anda berjaya dari dia...atau guru lebih menyuruh dia dari
anda...maka iblis mula lah main kan jarum nya ....dan anda terjebak dalam usaha
nya....
Ini telah terjadi pada saya di mana salah seorng anak
murid saya telah di uji. Beliau dengan iklas membantu saya dalam satu perkara
dan bila menempuh kehidupan harian nya, dia semakin susah dan menghadapi
pelbagai halangan dan Rintangan....maka nafus nya mengatasi kewarasn nya dan mula
mengatakan yang sepatut nya ia tak perlu katakan pada saya kerana dia adalah
seorang yang berpelajaran tinggi dan telah banyak menuntut sebelum ini. Pada
mula nya dia mengaku saya Guru nya dan tak perduli apa orang lain kata,
tetapi...kerana desak atas ujian yang dia lalui dia telah mengatakan saya menipu
nya dan sebagai nya yang tak sepatut nya keluar dari fikiran waras
nya...mengkeji saya dan suruh saya ukur badan sendiri...Ingat!...ujian ini tidak
mengira siapa dan bila waktu sahaja akan di jalani walaupun anda seorang Guru
atau Mahaguru sekali pun....ujian tetap anda tempuhi dari masa ke semasa...dan
apa yang dilakukan oleh beliau itu sangat menyedihkan hati...maka pendapat
saya...patut lah di menghadapi bermacam maslah, dari tempat kerja dan dari
keluarga nya, kerana setiap ujian di terima semua nya gagal, maka dia terus
menerima sekian macam ujian...dia mengatakan dia betul dan benar, orang dengki
kepada dia dan bermacam alasan dia berikan...tetapi setelah saya sendiri di
kenakan maka saya tahu bahawa dia akan terus menerima sekian macam ujian lagi
seterus nya sehingga bila-bila pun selagi dia sedar bahawa apa yang dia tempuhi
ini semua nya dugaan dan ujian...menjatuh kan orang lain bererti anda meminta
diri anda sendiri di jatuh kan, maka RENUNGKAN LAH...bersama....
INGAT!...Nagetif sentiasa menunggu untuk masuk
menggoda....
Sifat manusia adalah sukar sangat menghadapi ujian ini, maka,
anasir luar akan mula mengoda, susah lah, ilmu tak betul lah, ajaran sesat lah
dan sebagai nya, bermacam presapsi akan timbul...ajaran mana yang sesat dan betul...kalau dia senang ajaran nya
betul kot, jika dia susah dalam menghadapi ujian, ajaran tu sesat kot...maka
ujian kita gagal...jika kita ikut godaan anasir nagetif ini?...maka gagal lah
kita di persada Positif dan masuk kita ke gulungan Negetif....INGAT!...cara
dan kaedah nya dari anasir negatif ini adalah sama, malah yang Nagetif memberi
kita lebih lebih power lagi kerana mahu mengoda kita agar mengikut ajaran
nya...semua nya merasakan sama... malahan yang Negatif lebih efektif
lagi...tujuan nya....agar kita ikut jalur nya..tenaga sahaja dapat membezakan
nya. Jika anda seorang yang arif mengenai tenaga, anda dapat merasa perbezaan
nya. Ramai yang berpendapat kalau rasa getaran kasar makna nya Tenaga kita kuat
dan Kalau rasa halus Tenaga Tak Kuat, sebenar nya...kalau rasa Tenaga atau strom
tu kuat, ianya adalah tenaga nagetif dan yang halus tu tenaga Positif......jika
sesaorang itu faham dan mengkajinya secara terperinci...ada di ajar dalam ilmu
Bima Shakti.
Saya sering sarankan pada student saya supaya
SABAR menempuhi ujian-ujian ini, Sabar adalah separuh daripada iman, dengan
bersabar sahaja kita sudah lulus, saya pun sendiri tak tahu apa kah bentuk ujian
yang akan di terima, sama lah seperti di peperiksaan PMR, guru sekolah itu pun
tak tahu apa soalan nya yang akan di soal dalam ujian tersebut....
Ilmu Sabar adalah Ilmu segala Ilmu....Ianya bak Gunung
Berapi...sekian lama ia bersabar sehingga apabila ia nya meledak...satu daerah
atau negeri hancur...begitu lah dengan Ilmu...tampak guru tu macam lemah dan
seorang...itu pada zahir nya...tapi pada hakikat yang sebenar nya, ramai di
belakang nya...yaitu rijalur ghaib nya.
Lawan guru: Sememang nya anak murid akan lebih
bagus dari guru nya, tapi ingat..sebagus dan "se-power" mana pun kita, asal tapak
nya dari guru itu juga...kalau dia tak ajar, kita apa pun tak tahu...dan yang
selalu amat cuai perbuatan anak murid adalah tidak BERHALUS...ertikata
tak minta izin dari guru jika mahu berlajar di tempat lain, mahu buka pusat
perubatan atau mahu mengadakan klass sendiri dan sebagai nya. kerana keizinan
nya amat penting dari segi prosedur adap kebatinan / spiritual...seperti yang
telah saya terangkan di atas tadi..guru itu berjalur...apabila kita membelakangi
guru zahir ini bermakna kita membelakangi guru-guru rijalur ghaib atau keluar
dari tombol nya...apabila yang positif undur maka yang NAGETIF
akan kedepan, kerana sifat nya sentiasa tunggu ruang mahu mengoda kita ke jalan
Negatif juga seperti janji nya kepada Tuhan ketika di laknatkan dulu, dengan apa
cara sekali pun, ia tetap mahu menyesatkan anak Adam..... Tenaga Nagetif
mengambil alih dan cara nya pada permulaan adalah sama dan pada akhir nya...TERPESONG,
kita merasakan kita lebih baik dan lebih bagus, tapi tahu tak yang menolong kita
tu siapa, sekarang ia menolong, nanti kemuddian hari?.... bila orang tahu yang
dia menggunakan Tenaga yang Nagetif maka sang guru juga akan di persalahkan,
Guru ajar ilmu salah.....SEDAR kah dia bahawa dia telah membelakangi guru
nya? Renung kan lah..sendiri. Walau pun kadang kala Guru menyuruh buat perkara
yang tak masuk akal, tapi tahu kah kita bahawa yang di suruh nya mempunyai
hikmah tertentu...contoh nya: Apabila sesarang ingin mempelajari Keilmuan
Sufi...sebelum ianya di terima masuk belajar, dia di suruh berbogel ramai-ramai
beserta dengan pelajar wanita?...sebab apa?...ujian pertama nya adalah TAHAN
NAFSU...di peringkat pengajian kesufian ini, menahan Nafsu adalah amat
penting, jika nafsu tak boleh di tahan, macam mana dengan godaan iblis (Tenaga
Negatif). Ilmu sufi adalah Ilmu Rahsia Ketuhanan, Ilmu Kesabaran dan peringkat
tertinggi keilmuan. Nafsu adalah sebenar nya musuh yang amat merosak kan...
Kita mungkin tidak perasan atau alpa dalam perkara ini
sebab keghairahan kita dalam penggunaan ilmu yang di ajar semata-mata mencari
wang dan untuk kepuasan diri sahaja serta keghairahan di puja dan di puji. Niat,
pransangka dan melawan walaupun dalam hati akan membibitkan bibit penghalang
dalam diri kita. Disini mula lah kita ego, dan sebagai nya yang nagetif. Perasan
kah anda, jika mahu mula mempelajari sesuatu ilmu anda akan di bersihkan
terlebih dahulu...kerana apa?...kerana di bersihkan bibit penghalang ini tadi
dan telah bersih baru di isi dengan ilmu yang baru. Sememang nya kita tak
rasakan yang kita ini melawan atau telah mengikut aliran Nagetif.....tapi satu
hari anda akan tahu juga dan mula malu menghadapi keyataan...pesan Guru saya,
kalau sesat, pulanglah kepangkal jalan...ini lah yang susah sangat manusia mahu
lakukan...
Tahukah anda, bahawa guru tu ibarat pemancar, maka kalau
kita dekat dengan pemancar, penerimaan signal kuat, jika...kita jauh dari
pemancar...??????, renungkan seketika.
Seperti DOSA, kalau zina tu dosa besar, sebab
besar mana dosa tu agak nya tak nampak, maka ramai yang buat... asutan dari
anasir nagetif akan mengasak supaya buat lagi, Nafsu mula menjadi imam.... "TAK
ADA APA PUN TERJADI...BUAT AJE, KAN SERONOK..." atau
" ORANG LAIN
BUAT TAK KENA APA PUN " agak nya kalau nampak besar dosa tu, baru orang
tak buat kot...sebab dosa tu tak nampak...maka kita buat sesuka hati buat dosa.
Ramai tidak perasan bahawa mereka telah mengikut aliran Nagetif, kerana bertanya
atau minta pendapat pada tempat yang salah, seperti rakan seperguruan atau orang
lain yang tidak mempelajari ilmu yang anda sedang pelajari. Contoh, kalau anda
tanyakan ilmu kebatinan pada orang ilmu Fekah, pasti dia tidak dapat menjawap
nya, kalau tanya pada teman seperguruan pun pasti dia tidak dapat memberikan
penjelasan yang tepat kerana dia pun masih dalam mempelajari sama seperti anda,
mengapa tak bincang dan tanyakan terus pada GURU....diatas dasar ini ramai yang
berpresapsi yang bukan-bukan mengenai kesahihan ilmu yang di pelajari nya, mula
berkomlot dan sebagai nya... apa tah lagi yang Nagetif mula campur tangan.
Berdecit, salah anggap dan ikut kata orang lain lah yang selalu nya membawa kita
ke aliran yang Nagetif...INGAT!, Yang Nagetif sentiasa tunggu ruang untuk
memasukan kemungkaran...berhati-hati lah....
Jangan Takut, rezki sememang nya ada pada dimana-mana,
hak rezki anda sentiasa sama di beri oleh yang maha berkuasa. cuma cara
pemberian nya aje yang berbeza, Jadi bersaing lah secara Positif dan sihat,
adalah lebih baik bergabung...kata perpatah melayu, sepakat bermuafakat membawa
berkat....secara sihat...insaallah anda di rahmati nya sentiasa. Jangan pijak
memijak, dengki mendengki, tuduh menuduh...kita juga yang rugi...Percaya pada
naluri diri...ini nasihat saya...naluri anda sentiasa menjaga anda, jangan ikut
nafsu...Tuhan beri kita
Akal dan fikiran, gunakan lah secara bijaksana. Orang suka lihat kita susah
dari kita senang....maka, ikut naluri bukan nafsu.
Balasan Tuhan: Ini pun sering salah faham timbul.
Tuhan tidak membalas, maaf, ini pendapat saya, sebab Hasma Al
husna nya mengatakan Tuhan yang maha pemaaf, Maha menyayangi..Maka tuhan tidak
membalas walaupun seringkali kita kata, nanti tuhan akan balas...yang membalas
adalah KARMA...jadi apa itu KARMA?.
KARMA adalah undang-undang yang telah ditetapkan
sejak azali lagi, sebelum manusia di cipta lagi, sebelum bumi ini ada lagi...Yaitu:
BUAT BAIK BALAS BAIK, BUAT JAHAT BALAS JAHAT. KITA TIDAK
BERKIRA, MAKA IA TAK BERKIRA, JIKA KITA BERKIRA, MAKA IA BERKIRA....
KARMA adalah undang-undang yang telah di
tetapkan...Renung kan lah.....maka itu tuhan jadikan semua nya ada lawan...Bukit
lawan nya dataran, miskin lawan nya kaya dan seterus nya...cuba kita renung kan
bersama.....GUNA
KAN AKAL DAN FIKIRAN ANDA....BUKAN NAFSU...
Nasihat saya, ikut ajaran dan pelajaran yang guru ajarkan
bukan ikut perangai nya. Hal peribadi guru juga adalah sebagai amanah kepada
murid nya, perlu di jaga ....maka simpan lah dengan betul.... "AMANAH"...sama-sama
lah kita renungkan...
SIMBOLIK
Guru akan kadangkala menyuruh anak murid nya buat sesuatu
yang luarbiasa, kerana jika ingin menjadi orang luarbiasa perbuatan pun kena
luarbiasa, ini dinamakan simbolik dimana kadang-kadang luar dari dugaan
kita...umpama nya, buat perahu dan letak kan sesuatu di tengah perahu itu dan
membuat nya mesti lah di sungai atau taliair di mana tiada siapa yang melalui
nya...maksud nya di tempat yang sunyi dan tiada manusia akan melalui tempat
itu...mengapa....????, ada kala di suruh kita beremdam dalam sungai yang dingin
dari 12 malam hingga ke subuh...mengapa...??? tentu nya ia adalah simbolik
kepada sesuatu pekara...lebih nyata adalah...mengapa kita pusing kaabah 7
kali?????, mengapa arah lawan jam, mengapa memakai kain putih dan sebagai nya,
mengapa baling jumrah...mengapa pulak batu yang kita baling dan
seumpamanya...mengapa???...ia adalah sebagai simbolik sahaja...jadi guru akan
menyuruh kita berbuat simbolik itu sampai kadang nya tak masuk akal....jadi
ianya hanya simbolik pada sesuatu.....Renung kan lah....
Menggunakan Jin
Perkataan ini selalu nya akan di sebut apabila sesorang
pengubat dapat mengubati sesuatu penyakit Misteri....Biasa nya si pesakit akan
mengucapkan Terima Kasih dan sebagai nya kerana dia sembuh dari penyakit yang
dia hadapi...tetapi yang membawa atau pengubat alternatif lain akan berandai
bermacam-macam...DIA PAKAI JIN TU....atau DIA PAKAI DATUK...ADA SIMPAN ITU LAH
DAN INILAH...
Perapsi begini lah yang akan sering anda dengar, walau
dimana pun...penuduhan membela Jin dan sebagai nya akan timbul...JADI!...sebelum
penyakit nya dapat di tawarkan oleh seorang pengamal alternatif, si pesakit akan
berusaha ke sana dan kemari, jumpa sami buddha lah, jumpa Tok Batin lah dan
sebagai nya...bila penyakit nya dapat di sembuhkan, mula lah berandaian...Bomoh
tu ada bela ini lah, ada bela itu lah...dan sebagai nya...Biasa nya si pesakit
tak berkata apa cuma senyum dan lega penyakit nya dapat di sembuhkan, yang
membawa atau rakan yang mengikut nya mula berandaian...ini lah orang
Nusantara...sikap ini lah yang selalu nya menjadi sesaorang Pengamal Alternatif
itu di tomah dan di fitnahkan...ini kisah benar dimana Guru saya sendiri
telah di Fitnah dan di tomahi...dimana anak murid nya sendiri telah dapat sakit
sahingga tak dapat berjalan, seluruh tubuh nya tak dapat bergerak, jika di usik
bahagian mana pun tubuh nya, dia akan merasa sakit...dia telah berusaha pergi
berubat hampir ke seluruh Malaysia, Bomoh, dukun, Doktor habis di cubai nya
namun gagal memulihkan penyakit nya dan akhir nya dia berjumpa Guru dan mengadu
hal penyakit nya...Guru berkata pada dia bahawa ini adalah sebahagian dari ujian
yang dia terima...dia kata pada guru,
" saya belajar tapi mengapa tak dapat ubati
diri nya sendiri
". Guru hanya menjawap
" Doktor kalau sakit pun jumpa Doktor
lain juga
"......Guru pun mengubati nya sambil menyuruh dia teliti sekali
bagaimana Guru mengubati nya, dan penyakit nya pun sembuh serta merta....dia
berkata pada saya, Guru yang buat kot....Astagfirullah al azim.....Bagi pendapat
saya,
Penyakit yang dia hadapi itu sebagai ujian mungkin betul kata guru
tu...yang dapat saya pelajari pada hari itu bahawa dia mendapat penyakit itu
adal Hikmah nya...kerana kalau dia tak kena penyakit itu mungkin guru tak ajar
cara mengubati nya...saya tanya pada dia mengapa lak guru yang buat....dia kata,
semua orang tak boleh sembuhkan aku tiba-tiba Guru ubat terus serta merta baik,
guru tahu aku sakit, mengapa dia tak ubat sehingga aku mengadu baru dia
ubat....mesti lah dia yang buat aku.... ok lah, mari kita renung bersama dari
hari pertama dia kena sakit, dia kesana kesini mencari orang yang boleh
mengubati nya sehingga lah akhir nya dia berjumpa dengan Guru sebab sudah hampir
se Malaysia mencari tak jumpa..mengapa awal nya dia tak terus jumpa Guru????..apa kah benar guru yang buat dia atau ada
sesuatu hikmah di sebalik nya....renungi sejenak.....anda tentu tahu jawapan
nya...
Satu Contoh yang nyata adalah pada diri saya sendiri pada
tahun 2007, satu minggu nak puasa dimana saya di sahkan kena penyakit 'Jondes',
iaitu batu dalam hati...semua tubuh saya termasuk muka dan mata menjadi kuning semua nya. Saya serta merta menjadi kurus dan selalu letih, tak ada selera nak
makan kerana setiap kali saya makan perut saya perit dan pedih. Najis saya putih
dan paling fobia sekali sewaktu nak buang air kecil, kuning seperti nanah dan
panas....yang paling seksa ialah saya tak boleh tidur dan seluruh tubuh saya
amat gatal sekali.
Saya buat pemeriksaan di sabuah klinik di Taman Danau
desa dan hasil pemeriksaan di sahkan saya kena
"Jondes", Kelestrol 27, dan
Kencing manis 27...wow ...boleh maut tu..., saya di beri surat untuk membuat
rawatan susulan di Hospital Pakar Serdang. Saya kesana dengan anak perempuan
saya yang kedua, sewaktu di kaunter, saya di minta surat pengesahan dari Dokter
merawat .....malang nya saya tertinggal di Pejabat...tanpa surat mereka tak
boleh terima saya dan saya pun pulang .... Tiga hari selepas tu saya diberitahu
oleh salah seorang peserta kursus Psychic bahawa di Kampong Bukit Peguh, Telok
Mas, Melaka ada seorang Ustaz boleh buat bedah Ghaib, maka keesukan hari nya
kami ke Melaka dan tiba jam 12 tengah hari...ramai yang telah ada di situ dan
pendaftaran kami no 40...saya tanya petugas di situ kira-kira jam berapa baru
giliran saya dan dia kata lebih kurang 4 petang...kami pun tunggu dan jam 2
petang Ustaz pun mulakan tugas nya...Nak tergelak pun ada, rasa lucu juga
melihat cara Ustaz ini mengubat, seperti seorang Dokter Bedah..injection,
bedah....sempat juga saya melawak dengan teman yang membawa saya, dia tukar
jantung recond ke, kebetulan ada pesakit nya tukar jantung...kerana kata orang,
manusia mana ada spare part, Apabila tiba giliran saya, maka saya pun
baring di katil no 40...Bila Ustaz tersebut merawat saya, dia kata saya kena
tukar Pengkerias dan hati baru....saya kata OK LAH...di pun inject kaki saya ,
peha saya dan seperti meletakan topeng oksijen pada hidung saya dan beberapa
saat kemuddian dia seperti membedah dada saya persis seperti Dokter bedah,
memasuk kan DRIP dan darah...sambil dia merawat saya dia bercerita
mengenai tempat nya itu, Hospital organ kata nya...semua organ dalaman boleh di
tukar, jika kereta dan barang lain ada spare part, mengapa manusia tak
ada, kan manusia khalifah....dan terus bercerita dan tahu-tahu saya di kejutkan
lebih kurang jam 6 petang oleh teman saya dan tiada orang di situ hanya kami
berlima sahaja dan kawan saya kata, semua dah balik, lepas Magrib buka
balik...kami pun pulang dan setiap dua hari saya ke sana dan pada 15 puasa
....Alhamdullillah saya sihat walafiat, badan kembali berisi, muka kembali
merah, saya menukar hampir kesemua organ termasuk tulang belakang....alhamdul
lil llah, syukur..sehingga sekarang setiap Isnin saya ke sana sambil belajar dan
berubat lagi....jika mengikut kata Dokter perubatan, saya sekurang-kurang tiga
bulan baru sihat...tenguk nasib saya lah, kalau urat jantung ok kerana kelestrol
tinggi, kain kapan lah jawap nya. Tapi 17 hari dah sembuh...macam tak caya lak...Ustaz
buat saya kot.....semua yang tahu
saya sakit terkejut dengan kecepatan sembuh nya saya...pada hari yang ke 18
saya bertanya dengan Ustaz, boleh saya pelajari tak kerana saya sememang nya
pencari Ilmu Metafizik...dia bersetuju mengajar saya dan selama 44 hari saya
kena buat ritual yang di ajarkan nya......Dan sekarang ini kami berganti-ganti
membuat rawatan di
Pusat Rawatan Altenatif Islam di Blok 205-00-001, Flat Sentul Utama, Sentul
Utama, 51000, Kuala Lumpur....Setiap hari Khamis dan Jumaat Minggu kedua
dan keempat Ustaz rahim bertugas dan setiap Hari Khamis hingga Hari Ahad saya
pula bertugas dari jam 2.00 petang hingga 10.00 malam...
Rumusan nya dari cerita ringkas diatas...adakah ianya
cara tak sengaja saya tertinggal Surat Dokter itu dan pergi berubat dengan Ustaz
Rahim? atau ada Hikmah di sebalik musibah...Jika tak kerana saya sakit, maka
saya tak dapat Ilmu Bedah Gahib ini.....Jadi mari kita renungkan bersama.....
Renungan bersama
Seringkali kita dengar perbuatan jatuh menjatuh ini di
sana sini...ianya sangat lumrah dan akan terjadi pada sesiapa pun...itu lah
KARMA nama nya...seperti yang telah diterangkan di atas..iblis dan
sekutunya sedaya upaya akan menjebak kita ke jalan nya seperti janji nya pada
Tuhan...maka serangan yang bertubi-tubi akan di lakukan setiap saat sehingga lah
kita terpedaya oleh pujukan dan tipu daya nya...juga nafsu hasad dengki yang
sememang nya dari Zaman Datuk Nenek kita yang kita warisi.....Allah hu Alam bi
sawab....
Mungkin kita tak sedar bahawa satu ketika dalam hidup
kita mempunyai niat yang tak baik kepada orang lain...maka niat itu berbalik
kepada kita dan kita kata NASIB TAK BAIK...tapi sedar kah anda bahawa
anda pernah mengkeji sesaorang dahulu?????...maka Karma membalik kan nya
kepada kita....satu cerita dimana seorang Isteri telah bermain kayu
tiga...pendek cerita berzina dengan orang lain di belakang Suami
nya...terserempak dengan Suami pada kedua kali nya dan si isteri di
ceraikan....maka si Isteri ni pun bercerita bahawa bekas suami nya sangat zalim
pada dia..ini semata-mata untuk memuaskan hati nya mengatakan dia tidak
bersalah, walaupun pada hakikikat nya dia bersalah. dia sering di marahi dan
tidak mendapat kasih sayang sepenuh nya...maka pemuda yang mendengar pun kesian
dan membela nya...maka si Isteri tadi dapat kekasih baru dimana si lelaki tadi
100% percaya segala cerita si perempuan tadi....jadi untuk menenangkan fikiran
si Isteri tadi, si isteri pergi mengerjakan umrah konon nya dan di mata
masyarakat dan keluarga dia yang benar, di depan kabbah, dimana dia berdoa agar Tuhan
memberikan nya Seorang suami seperti yang dia idamkan...pulang dari umrah, si
isteri tadi berjumpa dengan seorang Suami orang di atas kapalterbang sewaktu
pulang dari umrah...kebetulan mereka sudah memang mengenali satu sama lain dan
si Perempuan itu tahu lelaki tadi adalah suami orang kerana mereka sekampung
dahulu...si perempuan tadi menggoda lelaki tersebut dan mereka menjadi sepasang
kekasih dan telah melakukan sumbang beberapa kali...
Mengapa terjadi begitu...setelah di siasat secara
lahiriah...ternyata bahawa si perempuan tadi adalah wanita kuat nafsu berahi
nya...memang keras kepala dan sangat pandai berdrama...kata-kata nya sangat
menjiwai sesiapa yang mendengar dan jika dia bercerita semua nya semacam dia
belum pernah lakukan, jika di kaji secara logik, katanya bekas suami nya garang,
tak menyayangi nya...semua nya dusta, kerana bekas suami nya telah berkahwin
lain dan mereka hidup bahagia dengan seorang cahaya mata...jika si suami itu
garang, mengapa lak anak gadis nya selalu balik ke rumah bekas suami nya????,
anak gadis tersebut sangat sayang pada ayah nya...ada yang tak kena
bukan...sekarang si perempuan tadi sering bertukar pasangan dan pernah
berkata...kalau lelaki boleh mengapa saya tak boleh...yang luarbiasa sekali
adalah, si perempuan tu seorang guru mengaji...maka jika karma itu berbalik
kepada si perempuan tadi...apatah pulak katanya...yang pasti dia akan kata dia
di kenakan atau NASIB NYA.....cuba renungkan....atau karma itu berbalik pada anak dara atau cucu nya nanti atas perbuatan nya....adakah??????? atau siapa pulak mahu di salahkan atau memang takdir..... ini nasihat saya, pulang ke pangkal jalan....renungkan lah....ini bukan memburuk kan...tapi simpati, bukan pada si perempuan tadi...tapi simpati pada yang tak bersalah pulak menerima akibat nya.....saya telah beberapa kali jumpa dengan hakikat ini....insaf lah...JANGAN DAH TERANTUK BARU NAK......
Rumasan nya, apa yang kita dapat balasan adalah dek perbuatan kita sendiri...YA, kerana hukum karma telah termaktub, Jika kita kuat atau tak menerima akibat nya, salah satu dari keturunan kita pula yang terkait, pasal tu saya tak kisah kalau saya pernah dan akan menerima balasan nya, sebab mungkin cara sengaja atau tidak saya pernah berniat tak baik pada sesaorang...saya redho....kerana itu perpatah orang tua-tua :
" Kalau sesat jalan, balik lah ke pangkal jalan
". Kalau dah ketam jalan nya sengget, tak kan anak nya boleh jalan lurus......Mari lah kita renungkan.....
"
Sesiapa yang suka menjatuhkan serta mempersendakan
kebolehan orang lain itu mencerminkan kebodohan serta kebatilan diri nya
sendiri. Sesaorang yang berilmu sifat nya adalah menerima bukan menolak atau
menempelak kebolehan orang lain, kerana semua Ilmu itu adalah benar belaka
jika sesaorang itu benar-benar mengkaji nya hingga ke akar umbi, BUKAN
mengkeji, cuba lah di kaji.... Jatuh menjatuh kan sesama adalah sifat
IBLIS...dan jalan ASAS perosak Masyarakat, Keturunan serta Bangsa nya sendiri
".
Harapan agar ada yang sedar dan kembali ke pangkal jalan
menjalankan ujian yang tabah dan mendapat berkah yang mulia......
Dari Meja :
Dr. ZULKIFLI ALIAS

Pengasas PERSONAL PSYCHIC DEVELOPEMENT SYSTEM a.k.a
PRANA SHAKTI MALAYSIA

Rahsia Kembali Muda dan Awet Muda |
 |
|
|
 |
FRUST!!!!!, STRESS!!!, BENGANG!!!!,
dan berbagai keluhan Ibu dan Bapa bila melihat
perangai Anak atau para Remaja mereka, Tak Mahu
Dengar Kata, Melawan dan sebagai nya yang tak
seacuan pada kehendak ibubapa....Ya...banyak
keluhan yang saya dengar mahu dari adik beradik
saya sendiri, jiran dan mereka yang datang
berjumpa saya di Klinik saya di Sentul Utama....Anak
Degil la...lari ikut kawan la...anak dara mereka
ikut lelaki la dan bermacam lagi....Ada yang
bermasalah RumahTangga,,,seperti Suami ada
perempuan lain, Suami yang tak bertanggung Jawap
pada keluarga la dan bermacam sendiwara lagi
yang pernah saya dengar dari keluhan mereka yang
datang mengadu pada saya....Ada yang kata dah
nasib...ada yang kata kena Karma la...dan ada
juga yang menuduh bukan- bukan pada yang mereka
tak puas hati.... Dalam Renungan yang saya
selami kepada pelbagai keluhan di atas dan dapat
saya huraikan bahawa mereka tertekan samada pada
Jiwa atau perasaan dalam menghadapi kenyataan....mereka
tak boleh terima kenyataan bahawa ada jalan
Alternatif yang amat berkesan selain hanya
mencurahkan rasa hati sahaja pada orang lain
yang kadang-kadang bagus dan banyak nya
mendorong ke yang Nagetif. Satu simpulan telah
saya gunakan dan mendatang keberhasilan yang
agak ketara adalah dengan kaedah
Hypnotherapy....
Satu contoh yang telah 100%
berjaya yang saya gunakan kaedah Hypnotherapy
pada seorang remaja perempuan. Ramaja berkenaan
telah di cabuli oleh sepupu nya sendiri dan
hidup nya sentiasa dalam Fobia dimana Ibu nya
mempunyai masalah dengan Ayah Tiri yaitu Suami
baru Ibu nya dan Remaja ini di jaga oleh Nenek
nya di Kampong dimana remaja ini bebas. Dia
pernah lari rumah....jadi Ibu nya telah membawa
kepada saya untuk Consuling pada awal nya. Dalam
pra temuduga dengan remaja ini saya dapati dia
tertekan pada dua perkara, iaitu Bapa tiri nya
dan Ibu nya....pada bapa tiri nya: ibu dan bapa
tiri nya selalu bertengkar diatas cemburu si ibu
nya sendiri kerana sak wansangka bahawa suami
baru nya main kayu tiga dengan wanita lain. Maka
ibu nya sentiasa melepaskan geram kepada anak
remaja tadi tanpa ibu nya sendiri sedari. Apa
sahaja yang di buat nya serba tak kena dan akan
menimbulkan kemarahan pada Ibu nya. Dan Ibu nya
pula sentiasa menegah remaja tadi keluar
berjumpa kawan dan mahukan remaja tadi mengikut
kemahuan nya sahaja....Setelah di analisa dari
pra temuduga bersama remaja tadi, saya dapat
menghuraikan sebegini :
REMAJA TADI TERTEKAN JIWA NYA KERANA SERBA TAK
KENA PADA APA PERBUATAN NYA DAN SI IBU OLEH DEK
TERLALU CEMBURU KAN PADA SUAMI BARU NYA YANG DI
SANGKA BERMAIN KAYU TIGA DENGAN DENGAN WANITA
LAIN, MAKA SI IBU TAKUT YANG SI ANAK REMAJA NYA
TERKENA SEPERTI DIA SANGKA KAN BAHAWA SEMUA
LELAKI BERBUAT DEMIKIAN (PRESAPSI). OLEH KERANA
TERLALU BERHATI-HATI YANG PADA MULA NYA
BERTUJUAN BAIK TETAPI SI ANAK TAK BOLEH MENERIMA
DESAKAN SERTA HALANGAN DARI IBU NYA YANG DIA
FIKIR TAK MASUK AKAL, MAKA, MULA LAH SI REMAJA
TADI BERBOHONG PADA SI IBU SEHINGGA PONTENG
KULIAH KERANA INGIN BERASA BEBAS DENGAN LAYANAN
BAIK DARI KAWAN - KAWAN NYA YANG MANA SI REMAJA
TADI TAK PERNAH KECAPI....JADI DIA LARI DARI
RUMAH....DAN NENEK NYA SENTASA MEMBERI KEBEBASAN
PADA SI REMAJA TADI, REMAJA INI MENGAMBIL
KESEMPATAN DAN MENIKMATI KEBEBASAN YANG TAK
PERNAH DIA KECAPI....MAKA DIA MENJADI LIAR DAN
PANDAI BERBOHONG DENGAN MEMBERI ALASAN YANG
BOLEH DI TERIMA OLEH IBU NYA, SEPERTI KE
PERPUTAKAAN LA...GROUP
STUDY LA....DAN BERMACAM LAGI...
Setelah saya menggunakan kaedah Hypnotherapy,
kini, si Remaja telah berarah laku kepada
Menyayangi Ibu nya, bercakap benar dan melupakan
semua kawan yang liar dan lansung lupa kepada
teman lelaki nya, walaupun dia menerima SMS dari
teman lelaki nya, dia tak mengenali teman Lelaki
nya lansung dan menurut kata Ibu Remaja tadi
walau pun berjumpa bertentangan mata, Anak gadis
nya tak kenal lansung pada teman lelaki nya itu....dan
saya kira kaedah Hypnotherapy ini amat membantu
dalam kes-kes sebegini dan saya nama kan program
ini sebagai
HYPNO-PARENTNG,
dimana kaedah ini digunakan kepada sesiapa
sahaja samada anak, suami atau isteri, seperti
mengawal mereka tanpa mereka sedari....dan telah
saya anjurkan kursus pada ibubapa dalam sesi
kursus
Alfa Learning. Kursus untuk
memudahkan anak anda mempelajari apa yang di
ajar oleh Guru Sekolah dalam keadaan Tenang dan
Rilek. Mengulangkaji dengan tenang tanpa merasa
bosan dan stress. SAYA ingin memperkenalkan satu
kaedah yang tercanggih pada zaman ini, yaitu,
SUBLIMINAL MESSAGE CD.
Satu kaedah yang serba canggih dan mudah, dimana
anda perlu dengarkan sahaja samada melalui PC
anda, upload ke ipod atau pendengar MP3. Untuk
lagi Info, sila ke :
http://www.mind-tech.com.my/cd.html anda
akan kagum dengan keunikan
Subliminal CD ini..... Renungi lah bersama
manafaat nya kaedah ini pada Rumah Tangga serta
anak-anak Kita.

Dari Meja :
Drzulliasisma


drzulliasisma
http://www.mind-tech.com.my/
http://www.pranashaktimalaysia.net/
http://www.drzullias.com/
http://zullias.blogspot.com/
Pertanyaan

Lagi Nukilan mengenai Minda
>>>>> |
|
  





|